Ini Penyebab Dagangan Pound Bergolak Menutup Tirai Minggu Lalu

281

Dagangan penghujung minggu lalu memperlihatkan pergolakan harga bagi matawang Pound Sterling membuatkan pelabur gelisah untuk mengawal risiko dagangan.

Hal ini adalah disebabkan perkembangan rundingan Brexit dengan sentimen yang bertukar-tukar dalam masa yang singkat. Jangkaan untuk rundingan mencapai persetujuan kemudiannya bertukar negatif apabila terdapat isyarat Perdana Menteri UK Boris Johnson memberi isyarat untuk pilihan ‘no-deal’ Brexit.

Pintu rundingan perdagangan pasca-Brexit antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) masih terbuka, hanya sekiranya fokus kepada perkara-perkara yang mustahak.

Menurut Menteri Kabinet Britain, Michael Gove, EU perlu mempercepatkan rundingan dan menawarkan terma-terma yang lebih baik.

Rundingan antara United Kingdom (UK) dan EU terhenti susulan tidak mencapai persetujuan berhubung akses perikanan dan isu persaingan.

EU menegaskan bersedia untuk mempercepatkan rundingan itu namun tidak akan bersetuju terhadap perjanjian tersebut walau apa sekali pun.

Beberapa organisasi perniagaan menggesa kerajaan UK supaya fokus menyelesaikan perbezaan dengan EU selain menyatakan persetujuan berhubung perjanjian akan membantu pemulihan pasca-Covid.

Mereka memberi amaran ketidakpastian mengenai hubungan perdagangan masa hadapan UK dengan pasaran terbesarnya akan menjejaskan pengukuhan perniagaan ketika banyak firma-firma terjejas akibat coronavirus.

Pentadbiran Britain pada Jumaat lalu memaklumkan rundingan rasmi mengenai hubungan kerjasama ekonomi antara EU telah berakhir dan UK perlu bersiap-sedia untuk berdagang dengan EU bermula 1 Januari kelak tanpa sebarang perjanjian spesifik.

Tanpa sebarang perjanjian antara EU, kos import dan eksport barangan UK dijangka akan meningkat.

Ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier tiba di London bagi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari UK, David Frost namun UK menegaskan usaha itu hanya sia-sia sekiranya EU tidak mahu berganjak daripada pendiriannya ketika ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat