Ini Perkara Pelabur Minyak Perlu Tahu Sebelum Mesyuarat OPEC

287

Harga minyak bertahan di sekitar paras ketinggian tiga tahun ketika tumpuan pasaran kini disasarkan pada mesyuarat OPEC+ pada hari ini yang akan menentukan hala tuju pengeluaran minyak mentah pada bulan-bulan seterusnya.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan positif pada $74.80 setong, manakala niaga hadapan WTI Amerika Syarikat menguat di sekitar harga $73.70 setong menjelang penghujung sesi Asia.

WTI telah meningkat lebih daripada 10% pada bulan Jun sementara Brent menambah lebih dari 8%, menyentuh tahap tertinggi sejak 2018, ketika permintaan bahan bakar semakin pulih.

OPEC+ dijangka akan meningkatkan pengeluaran minyak mentah sekitar 550,000 tong sehari pada pertemuan sesi Julai, yang akan dikuatkuasakan mulai Ogos.

Terdahulu, Jawatankuasa Teknikal Bersama OPEC + (JMMC) mengunjurkan bahawa permintaan minyak mentah global dijangka meningkat 6 juta tong sehari pada tahun ini, dengan 5 juta tong sehari datangnya daripada suku kedua 2021.

Sementara itu, data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) terus melaporkan penurunan dalam bekalan minyak mentah AS pada minggu lalu, dengan kejatuhan sebanyak 6.7 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat