Ini Perkara Yang Jadi Tumpuan Pada Sesi New York!

617

Dolar greenback mengekalkan momentum pengukuhannya untuk terus didagangkan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya pada sesi Eropah.

Pelabur tampaknya masih mengabaikan perkembangan semasa mengenai penularan Covid-19 disebabkan varian Omicron yang semakin mengganas di seluruh dunia.

Terbaharu, Amerika Syarikat melaporkan kes harian Covid-19 pada hari Isnin telah mencecah angka 1 juta. Menurut data yang diterbitkan Universiti Johns Hopkins, kira-kira 1 dalam setiap 100 rakyat Amerika disahkan positif Covid-19 pada minggu lepas.

Bukan itu sahaja, angka kes harian pada minggu ini menunjukkan peningkatan dua kali ganda daripada kira-kira 590,000 kes empat hari lalu yang mana ia juga berganda daripada jumlah kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Walaupun begitu, penularan ini dilihat masih tidak membawa kebimbangan AS memandangkan ia tidak meningkatkan angka kematian dan kemasukan ke hospital.

Ini membuatkan pelabur tidak menumpukan perhatian terhadap perkembangan ini dan sebaliknya berpegang pada keyakinan kepada Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan dasarnya dengan kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Penerbitan data PMI pembuatan tinjauan ISM AS pada malam ini akan dijadikan perhatian utama pelabur yang dijangka akan menunjukkan sedikit pertumbuhan yang perlahan pada bulan Disember.

Meneliti pergerakan mata wang Eropah, dagangan pound dilihat kembali meningkat ke paras harga 1.3500 berbanding US dolar. Sementara mata wang euro pula dilihat cuba mengumpul kekuatan untuk meningkat semula susulan kejatuhan yang disebabkan lonjakan USD sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat