Ini Perkembangan Pasaran Trader Perlu Tahu Menjelang Data CPI AS!

464

Mata wang US dolar bergerak lemah dalam pasaran semalam ke paras terendah 2 bulan dengan isyarat bank pusat sudah menghampiri penghujung fasa pengetatan dasar monetari.

Penyusutan US dolar juga didorong oleh kewaspadaan para pelabur yang menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York sebentar lagi.

Jika kadar inflasi meningkat, US dolar berpotensi untuk mengukuh semula ekoran para penggubal polisi masih memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah diteruskan lagi selepas ini.

Namun begitu, paras inflasi yang menurun ke 4.0% untuk bulan Mei dijangka akan meneruskan trend penurunan tersebut ke 3.1% bagi bulan Jun yang semakin menghampiri sasaran 2% bank pusat.

Mata wang Pound antara yang menyerlah pada dagangan Selasa semalam susulan laporan data pekerjaan UK yang diteliti menyaksikan pertumbuhan positif pada purata pendapatan.

Namun, agak bercampur pergerakan selepas data diterbitkan, pengukuhan Pound dilihat dihadkan oleh bacaan kadar pengangguran UK yang meningkat dari 3.8% kepada 4.0%.

Pound walau bagaimanapun berjaya catatkan pengukuhan berbanding US dolar ke paras tertinggi terbaru 15 bulan.

Euro juga pamer pengukuhan ke paras ketinggian terbaru semalam, namun sedikit berundur semula pada sesi Eropah susulan data tinjauan ZEW ekonomi Jerman yang kurang memberangsangkan.

Menambah kerancakan pada dagangan hari ini (Rabu), mesyuarat polisi bank pusat New Zealand (RBNZ) dan bank pusat Kanada (BOC) akan berlangsung untuk pasaran mengetahui kadar faedah baru yang ditetapkan.

Mata wang dolar New Zealand berisiko didagangkan pada sesi Asia sementara dolar Australia bakal dipengaruhi oleh ucapan oleh gabenor bank pusat Australia (RBA) Philip Lowe selepas keputusan kadar faedah yang dikekalkan minggu lalu.

RBNZ dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah buat pertama kali setelah berterusan menaikkan kadar setiap kali mesyuarat sejak tahun lalu lagi.

Sementara, BOC pula diramalkan akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 4.75% ke paras 5.00%.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat