Ini Perkembangan Semasa Pasaran Emas & Minyak Mentah

865

Pelabur masih lagi menilai perkembangan bagi pasaran komoditi ekoran perubahan sentimen pasaran yang tidak menentu pada minggu ini.

Pasaran minyak mentah kembali paparkan pemulihan semula pada Selasa selepas kejatuhan ketara di awal minggu yang terkesan oleh jangkaan penurunan terhadap permintaan minyak mentah ekoran risiko penularan Omicron.

Faktor tersebut juga telah memberi penyusutan terhadap dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak mentah.

Namun situasi kejatuhan nilai tersebut tidak berterusan pada semalam dengan pemulihan yang dinilai pada sentimen pasaran semasa.

Pun begitu, pelabur tetap berwaspada terhadap situasi lebih buruh boleh menimpa pasaran minyak ekoran negara-negara ekonomi utama sudah mula untuk mempertimbangkan langkah sekatan pergerakan untuk mengekang penularan virus menjelang perayaan Krismas yang semakin hampir.

Penularan Omicron semakin meningkat ke Eropah, Amerika Syarikat dan Asia termasuk Jepun.

Komoditi emas pada Rabu bergerak perlahan selepas ‘berehat’ daripada kejatuhan yang dipaparkan semalam apabila gagal melepasi paras rintangan $1,800.

Sentimen pasaran pulih serta hasil perbendaharaan Amerika Syarikat yang kembali meningkat menjadi faktor untuk menyokong harga emas daripada terus jatuh lebih parah.

Harga emas semasa berlegar perlahan di bawah paras $1,790 per auns sehingga setakat sesi Eropah hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat