Ini Prinsip The Fed Susulan Data Inflasi Bulan April Yang Memberangsangkan!

444

Inflasi pada bulan April dilaporkan meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh lebih dari 12 tahun ditengah pemulihan ekonomi yang mendorong lonjakan harga dalam barangan dan tenaga.

Indeks Harga Pengguna, yang mengukur sekumpulan barangan serta kos tenaga dan perumahan, meningkat 4.2% dari tahun lalu, berbanding dengan anggaran Dow Jones yang menjanjangkakan kenaikan sebanyak 3.6%. Kenaikan bulanan pula adalah 0.8% berbanding jangkaan 0.2%.

Kenaikan kadar CPI utama adalah yang terpantas sejak September 2008. Harga tenaga secara keseluruhan melonjak 25% dari tahun lalu, termasuk kenaikan 49.6% untuk petrol dan 37.3% untuk gasolin.

Harga kereta dan lori terpakai, yang dilihat sebagai petunjuk utama inflasi, melonjak 21%, termasuk kenaikan 10% pada bulan April.

Salah satu sebab utama yang mendorong kenaikan harga adalah disebabkan kesan dasar kerana inflasi berada pada paras rendah semasa penularan pandemik dengan penutupan ekonomi. Atas sebab itu, penggubal dasar Rizab Persekutuan dan banyak ahli ekonomi memilih untuk meneliti lebih lanjut perkembangan inflasi.

Pegawai Fed berulang kali mengatakan mereka tidak akan menaikkan kadar faedah atau menarik balik pembelian bon bulanan sehingga inflasi pada 2% dalam jangka masa panjang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat