Ini Pula Respon China Yang Tidak Gentar Terhadap Ancaman Tarif Trump

572

Masih berkisar tentang isu pengumuman tarif terbaru oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap China, sentimen pasaran kembali bertukar berisiko dan hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China bakal kembali tegang semula.

Dalam pada itu, pelabur turut memantau reaksi daripada China berhubung pengumuman terbaru tambahan tarif Trump terhadap barangan import China yang bernilai $300 bilion dolar.

Dalam beberapa reaksi terhadap isu tersebut, respon oleh Kementerian Luar China antara yang menarik perhatian pasaran.

Kementerian mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tambahan tarif yang ingin dikenakan oleh Amerika Syarikat bukanlah untuk kepentingan seluruh dunia.

China sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak mahukan perang dagang berlaku, walau bagaimanapun China memberi amaran bahawa mereka tidak gentar untuk menghadapi cabaran tersebut.

China jelas tidak akan berundur atau mengalah ke atas isu-isu penting dalam rundingan perdagangan. Sebarang persetujuan adalah untuk kepentingan kedua-dua belah pihak dan bukannya bertujuan kepentingan peribadi.

China masih menyatakan bahawa kedudukan mereka dalam rundingan dagang bersama Amerika Syarikat masih kekal konsisten.

Setakat ini, China masih belum menyentuh berkenaan rundingan pada September dan berkemungkinan pasaran masih menjangkakan rundingan akan diteruskan untuk beberapa minggu lagi selepas berakhirnya pertemuan wakil dagangan dari kedua-dua pihak di Shanghai minggu ini.

Tindakan agresif Donald Trump dalam perkembangan rundingan masih disambut tenang oleh China, mempamerkan perbezaan reaksi antara dua ekonomi gergasi dunia ini. Adakah China juga bakal membalas tindakan penambahan tarif seperti sebelum ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat