Ini Rancangan Jepun Untuk Vaksin!

539

Menurut sebuah laporan, Jepun sedang mengusahakan rancangan untuk memulakan proses vaksinasi Covid-19 secara besar-besaran pada bulan Mac ketika kes jangkitan yang dicatatkan mencapai tahap paling tinggi di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Jepun, sekurang-kurangnya 10,500 penyejuk beku akan dibeli untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin di seluruh negara.

Selain itu, kempen imunisasi akan dijalankan di kawasan perbandaran setempat dan pihak berkuasa juga membeli dry ice dan penyejuk untuk pusat vaksinasi.

Di samping itu, negara berkenaan telah memperuntukkan $ 6.4 bilion untuk membeli vaksin dan menandatangani perjanjian dengan Pfizer, Moderna, dan AstraZeneca di UK.

Untuk pengatahuan semua, jumlah kes jangkitan harian Jepun telah mencapai tahap tertinggi sebanyak 2,810 pada hari Rabu, melibatkan kira-kira 555 kes kritikal. Lonjakan kes tersebut merangkumi 6 kawasan iaitu ibu kota Tokyo, Aichi, Kyoto, Hiroshima, Hokkaido, dan Kagoshima.

Sementara itu, Tokyo telah melaporkan 602 lagi kes jangkitan pada hari Khamis, kes jangkitan harian tertinggi di ibu negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 45,529. Kini, jumlah kes jangkitan harian telah melebihi 168,500, dengan 2,420 angka kematian dicatatkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat