Sesi New York pada Jumaat lalu menyaksikan pengukuhan US dolar yang telah memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Bacaan indeks harga pengeluar (PPI) hadir dengan angka yang meningkat, seiring dengan bacaan inflasi pengguna diterbitkan sebelum ini dan menguatkan lagi jangkaan untuk langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) tidak akan berlaku pada Mac nanti.
Namun pengukuhan US dolar dilihat mengendur semula ketika dagangan menuju ke penghujung penutup sesi terakhir minggu lalu itu menyaksikan penyusutan nilai bagi raja mata wang itu.
Diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, terjunan harga ketara berlaku pada Selasa ketika data inflasi pengguna diterbitkan.
Namun, harga bertahan di paras sokongan 1.07000 yang dilihat gagal ditembusi lebih rendah.
Kenaikan semula harga diperlihatkan sehingga ke penutup dagangan minggu itu menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.08000.
Memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish apabila harga telah mula bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Pergerakan harga kekal perlahan memulakan dagangan awal minggu di sesi Asia pagi ini di bawah zon 1.08000 dengan reaksi harga di sekitar itu akan terus diperhatikan.
Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon tersebut, harga akan lebih berpotensi untuk melanjutkan kenaikan lebih tinggi.
Sasaran adalah untuk menuju semula ke ketinggian 1.09000 yang menjadi zon rintangan buat harga diuji pada awal Februari lalu.
Namun, jika tidak berlaku, harga yang gagal melepasi zon 1.08000 berisiko untuk jatuh semula ke bawah.
Susut lebih rendah di bawah sokongan MA50 akan mendorong harga untuk kembali mencecah support 1.07000 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG