Ini Ringkasan Minit Mesyuarat RBA Yang Perlu Trader Ambil Tahu

201

Laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) memperlihatkan bank pusat berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk mempertimbangkan bagi menghentikan program pembelian bon.

Pada mesyuarat polisi yang berlangsung awal bulan ini, RBA telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah dan sasaran hasil bon 3 tahun tidak berubah pada 0.10%.

Menurut minit mesyuarat yang dikeluarkan pada awal sesi Asia hari ini, bank pusat berpendapat bahawa polisi harus tetap akomodatif untuk mencapai sasaran pekerjaan penuh dan ia perlu untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Bank pusat juga berpandangan bahawa sasaran inflasi sebenar tidak mungkin dapat dicapai sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2024 paling awal.

Susulan itu, pertumbuhan upah tahunan perlu berterusan melebihi 3% agar inflasi dapat mencapai sasaran bank pusat dan pembuat dasar menjangkakan kenaikan upah akan berlaku secara beransur-ansur dalam beberapa tahun akan datang.

Dalam pada itu, ekonomi Australia kini dilihat telah beralih dari pemulihan ke arah pengembangan, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang semakin kuat.

Bagaimanapun, masih terdapat ketidakpastian yang timbul daripada wabak pandemik Covid-19, jadi sokongan rangsangan oleh bank pusat masih diperlukan.

Ekoran daripada penerbitan laporan minit mesyuarat, dolar Aussie sedikit susut selepas terkesan dengan kenyataan bahawa masih terlalu untuk RBA berbincang mengenai pembelian bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat