Ini Rupanya Kisah Sebenar Mengapa SEC Tidak ‘Ngam’ Dengan Elon Musk!

4,586

Securities and Exchange Commission (SEC) pernah memberitahu Tesla Inc. bahawa penggunaan Twitter oleh CEO Elon Musk telah melanggar polisi yang diperintahkan oleh pihak mahkamah.

Polisi yang dimaksudkan, sebarang twit yang akan dimuatnaik oleh Musk perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada peguam syarikat dan figura jutawan itu telah melanggarnya sebanyak dua kali.

Sebelum ini Musk dituduh melakukan penipuan berkaitan potensi syarikat kenderaan eletrik tersebut akan dibelinya pada $420 per unit, menyebabkan saham Tesla melonjak tinggi.

Bagaimanapun, dalam kesepakatan yang dicapai antara dua pihak, SEC-Tesla, Musk dan Tesla masing-masing membayar $20 juta bagi menyelesaikan kes tersebut dengan persetujuan twitnya akan dipantau oleh peguam Tesla.

Mungkin terlupa dengan persetujuan tersebut, pada 2019 dan 2020, Elon Musk sekali lagi memuatnaik kicauan, kali ini ia berkaitan dengan jumlah pengeluaran bumbung solar Tesla dan harga saham Tesla yang terlalu tinggi. Susulan daripada itu, nilai pasaran firma itu menyaksikan penyusutan lebih $13 bilion!

Menurut SEC, twit tersebut sebenarnya belum mendapat pengesahan daripada peguam Tesla ketika ia dimuatnaik. Isu ini menyebabkan ketegangan antara SEC dan Elon Musk, malah tidak keterlaluan untuk mengandaikan figura ini seakan-akan ‘mengejek’ agensi tersebut.

Pada masa yang sama, SEC menyifatkan Tesla telah gagal menjalankan tugas wajib yang diperintahkan oleh pihak mahkamah.

Berdasarkan laporan, peguam Tesla telah membantah tuduhan tersebut dan SEC nampaknya sudah ‘mengalah’ apabila sehingga ke hari ini tidak meminta pihak mahkamah untuk masuk campur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat