Ini Rupanya Punca Dolar AUD Dan NZD Meningkat Pada Sesi Asia

416

Ekonomi New Zealand berjaya mengelak daripada jatuh ke lembah kemelesetan dua kali ganda selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilaporkan melonjak tiga kali ganda daripada jangkaan pasaran pada suku pertama.

KNDK melonjak 1.6% pada suku pertama 2021, daripada penguncupan 1% yang dicatatkan pada suku terakhir 2020. Bacaan ini juga mengalahkan jangkaan pasaran untuk meningkat 0.5%. Berbanding tahun sebelumya, ekonomi dilihat telah berkembang 2.4% daripada jangkaan pertumbuhan 0.9%.

Pasaran hartanah yang berkembang pesat dan rangsangan fiskal serta monetari dikatakan antara faktor yang membantu ekonomi mengatasi kemelesetan disebabkan penutupan sempadan yang telah memusnahkan industri pelancongan utama.

Ekoran daripada bacaan data yang memberangsangkan ini, dolar kiwi kembali meraih sokongan untuk meningkat pada sesi Asia, selepas menjunam rendah berikutan pengukuhan dolar greenback susulan kenyataan optimis Federal Reserve (Fed).

Selain pembacaan data ekonomi New Zealand, pasaran juga diperlihatkan dengan penerbitan laporan pekerjaan Australia yang turut memaparkan bacaan positif.

Kadar pengangguran Australia mengalahkan jangkaan pasaran untuk kekal pada 5.5%, dengan menurun lebih rendah pada 5.1% pada bulan Mei. Pekerjaan juga dilaporkan bertambah sebanyak 115,200 berbanding jangkaan kenaikan 30,000, sementara kadar penyertaan meningkat menjadi 66.2%.

Bacaan ini secara tidak langsung telah membawa kadar pengangguran Australia kembali ke tahap pra-pandemik pada Februari 2020, selepas disokong oleh rangsangan fiskal dan monetari secara berterusan.

Dolar Aussie turut meningkat susulan data yang optimis ini, tetapi pergerakan yang dipamerkan agak terbatas disebabkan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat