Ini Saham-Saham Wall Street Yang Paling Diminati Oleh Para Pelabur!

486

Saham Amazon dan syarikat tenaga menjadi pilihan para pelabur berdasarkan kadar peratus beli. Syarikat gergasi dalam industri runcit atas talian,Amazon dan Diamondback Energy merupakan antara syarikat yang mendapat kadar peratusan beli tertinggi.

Berikut adalah rajah yang dilaporkan oleh FactSet;

Syarikat S&P 500 Yang Paling Diminati

Company Ticker Industry Buy Ratings Total Ratings
Diamondback Energy FANG Energy 36 36
Amazon AMZN Consumer Non-Cyclicals 47 47
Marathon Petroleum Corp. MPC Energy 17 18
UnitedHealth Group UNH Healthcare 25 26
Agilent Technologies A Healthcare 14 15
salesforce.com CRM Technology 40 43
Harris Corp. HRS Industrials 12 13
Boston Scientific Corp. BSX Healthcare 22 24
Equinix EQIX Finance 24 27
Mastercard MA Finance 37 40

 

Amazon kini merupakan salah sebuah syarikat yang paling berharga di dunia dan berada di belakang Microsoft. Sejak dekad yang lalu, saham Amazon telah melonjak naik melebihi 2000% dan dijangka oleh Bank JP Morgan bahawa Amazon akan mecantas Walmart pada tahun 2020. Pada tahun ini, saham Amazon telah meningkat 23%.

Amazon mendapat kadar peratusan yang tinggi bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun sebuah syarikat tenaga ini iaitu Diamondback Energy adalah suatu perkara yang menarik. Diamondback Energy merupakan syarikat tenaga yang mencatat pulangan yang besar dalam industri tenaga dan minyak. Penganalisis menjangkakan saham Diamondback Energy akan meningkat sebanyak 64% dalam tempoh 12 bulan akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat