Ini Sebab EUR/USD Meningkat Semalam Menjelang Mesyuarat ECB

431

Mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah serta data inflasi Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan utama pada hari ini yang telah dinantikan oleh para pelabur dari awal minggu lagi.

Mata wang Euro dan US dolar dilihat bergerak agak perlahan pada minggu ini ekoran pelabur berwaspada berteka-teki keputusan data yang akan diterbitkan.

European Central Bank (ECB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah namun pelabur menantikan isyarat untuk program pembelian bon untuk melihat hala tuju pergerakan Euro dalam pasaran selepas ini.

Sementara US dolar pula dilihat semakin melemah pada sesi New York semalam berikutan penurunan pada hasil perbendaharaan AS yang telah menjunam di bawah paras 1.50%.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah pamerkan lonjakan selepas bergerak mendatar pada hari sebelumnya.

Kenaikan harian mencapai ke paras sekitar 1.22180 sebelum susut semula ke zon RBS (resistance become support) 1.21800.

Pelabur berhati-hati selepas penurunan harga dilihat telah kembali bergerak semula di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang boleh memberi isyarat awal untuk harga membuat penurunan lebih rendah.

Namun, harga bergerak mendatar pada zon RBS 1.21800-1.21500 bersambung pada dagangan hari ini (Khamis) sementara menantikan mesyuarat ECB sebentar lagi.

Jika harga pamerkan penurunan lebih rendah, zon tumpuan 1.20900-1.20600 dilihat menjadi sasaran utama harga untuk diuji sebelum memberikan isyarat pergerakan selanjutnya.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras support 1.20000 jika US dolar berjaya mendominasi berbanding Euro.

Sebaliknya jika US dolar terus melemah sementara keputusan mesyuarat berpihak kepada Euro, harga bakal melonjak menuju zon rintangan pada 1.22500.

Menembusi zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi dijangka ke paras sekitar 1.23000 untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat