Ini Sebab EUR/USD Sukar Untuk Pamer Lonjakan

479

Penganalisis pasaran kekal melihat US dolar dengan prestasi yang baik selepas berakhirnya dagangan Mac sekaligus mengakhiri suku pertama bagi tahun 2021.

Pada sesi New York semalam, dapat dilihat US dolar sedikit mengukuh berkemungkinan berlaku aktiviti pengambilan keuntungan (profit-taking) oleh para pelabur sebelum memasuki dagangan untuk suku tahun kedua.

US dolar dilihat sedikit menyusut berbanding beberapa mata wang utama namun masih berjaya memberi tekanan.

Seperti yang dilihat pada carta harga pasangan EUR/USD, harga kekal berlegar di sekitar paras terendah sejak November 2020.

Selepas harga jatuh hampir ke paras 1.17000 pada sesi Asia semalam, kenaikan dilihat pada sesi Eropah dan New York. Namun, kenaikan yang dipamerkan dilihat lemah dan gagal untuk kekal berada di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Mata wang Euro juga masih berisiko dengan kebimbangan terhadap ekonomi Eropah yang masih bergelut berdepan tekanan penularan virus dan menjejaskan sistem kesihatan.

Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron telah mengumumkan perintah sekatan pergerakan (lockdown) kali ketiga dengan memaklumkan sesi persekolahan akan ditutup sehingga 3 minggu.

Oleh itu, jangkaan untuk mata wang Euro melonjak lebih tipis berbanding mata wang yang lain dalam pasaran melainkan terdapat faktor atau sentimen terbaru yang mampu menyokong semula pengukuhan Euro.

Jika situasi kekal berterusan, harga pada carta EUR/USD bakal turun lebih rendah di bawah paras 1.17000.

Dan sekiranya US dolar kembali pamerkan pengukuhannya, harga boleh susut sehingga ke paras support sekitar 1.16000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, zon 1.18000 akan menjadi rintangan awal buat harga sebelum isyarat trend bullish buat pelabur sekiranya zon tersebut berjaya ditembusi.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju semula ke paras 1.19000 untuk harga menguji semula zon SBR (support become resistance) tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat