Ini Sebab GBP/USD Terjun Lagi Pada Sesi Eropah Hari Ini

522

Sesi pasaran Eropah pada hari ini menyaksikan pergerakan aktif harga bagi dagangan matawang Pound Sterling setelah bergerak mendatar pada sesi Asia.

Dengan kebimbangan menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat England pada Khamis ini selain tekanan Brexit pada akhir Januari, Pound terus ditekan oleh kenyataan negatif oleh Persatuan industri BDI Jerman yang menyatakan mustahil untuk perjanjian perdagangan EU-UK dicapai penghujung tahun ini.

Oleh itu dapat dilihat penurunan ketara pada carta pasangan matawang GBP/USD pada sesi Eropah hari ini.

Setelah mencatatkan lonjakan harga pada Jumaat lalu susulan data PMI UK yang positif, harga yang mencapai paras ketinggian mencecah 1.31730 kemudiannya kembali menjunam lebih 100 pips menutup dagangan minggu lalu dengan lebih rendah.

Harga terus bergerak menurun di bawah paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) setelah diuji semalam namun harga gagal lepasi zon SBR (support become resistance) 1.31000.

Penurunan harga pada sesi Eropah telah melepasi paras terendah harian semalam pada support 1.30400 dengan penurunan telah melepasi 50 pips menuju paras tumpuan 1.30000.

Jika momentum penurunan berjaya dikekalkan, harga boleh mencecah sehingga ke zon support 1.29600 dengan sekitar tambahan 50-60 pips lebih rendah lagi.

Jika harga membuat kenaikan, paras 1.30400 akan kembali diuji dan membentuk zon SBR yang terbaru. Garisan halangan dinamik MA50 turut diuji sebelum harga menyambung penurunan semula.

Namun jika harga berjaya tembusi ke paras lebih tinggi, berkemungkinan menunjukkan isyarat awal perubahan trend. Paras tumpuan pada zon SBR 1.31000 dan resistance 1.31500 akan menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat