Ini Sebab Harga Minyak Kembali Susut!

769

Komoditi hitam akhirnya menghentikan kenaikan dengan kembali susut pada hari Rabu selepas data industri menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan merosot pada harga $77.60 setong, jatuh sekitar $3 selepas menyentuh paras ketinggian tiga tahun pada $80.75 setong.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diperdagangkan di sekitar harga $73.90 setong, susut dari tahap tertinggi sejak Julai yang dicapainya pada $76.50 setong.

Data dari Institut Petroleum Amerika (API) mengejutkan pasaran selepas menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 juta tong dalam inventori minyak mentah AS pada minggu yang berakhir pada 24 September.

Pelabur kini menantikan data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang akan diterbitkan pada malam ini. Sekiranya EIA mengesahkan kenaikan tersebut, ini akan menjadi peningkatan pertama dalam bekalan minyak AS dalam tempoh lapan minggu.

Harga minyak telah meningkat tinggi ketika ekonomi pulih dari pandemik dan permintaan bahan bakar meningkat, sementara beberapa negara pengeluar pula mengalami masalah gangguan bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat