Ini Sebab Kenapa US Dolar Melonjak Secara Tiba-Tiba!

2,960

US dolar pada ketika ini mencatat pengukuhan yang sediki lebih tinggi pada hari Jumaat setalah tiga hari catat penyusutan dan dalam masa yang sama matawang berisiko mula menunjukkan penyusutan. Perkara ini didorong oleh data ekonomi yang tidak memberangsangkan lantas menyebabkan pemain pasaran dalam fasa berhati-hati.

Indeks dolar menyusut ke paras terendah mingguan baru berikutan keyakinan terhadap pakej rangsangan yang telah mendorong para pelabur untuk beralih kepada matawang berisiko. Pakej rangsangan yang bernilai $1.9 trillion dipercayai mampu untuk merangsang kembali ekonomi negara Amerika Syarikat (A.S) yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Dalam masa yang sama ia mendorong para pelabur untuk melabur dalam matawang yang lebih berisiko.

Walaubagaimanapun, trend tersebut terhenti sejak petang tadi kerena sentimen pasaran menurun, saham global merosot dari paras tertinggi dan US dolar terus stabil, naik lebih 0.1% pada hari ini. Indeks US dolar mencatat pengukuhan sebanya 0.16% berbanding matawang utama lain pada paras pertukaran 90.273 setakat jam 9.20 p.m.

Dolar Aussie dan kiwi menunjukkan penyusutan yang besar masing sebanyak 0.70% dan 0.57% berbanding USD.

Disisi lain, matawang euro, menyusut berbanding US dolar berikutan kegiatan ekonomi di Zon Eropah berkurangan dengan sangat ketara pada bulan Januari berikutan perintah kawalan pergerakan. Dalam masa yang sama, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde telah memberi amaran mengenai lonjakan baru jangkitan Covid-19 dan prospek sekatan akan dilanjutkan boleh menjejaskan unjuran ekonomi Zon Eropah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat