Ini Sebab Loonie Menjunam Meskipun BOC Kekalkan Kadar Faedah!

341

Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada paras 1.75% seperti dijangkakan oleh pasaran dalam mesyuarat dasar monetari malam tadi. Bagaimanapun, kenyataan dovish daripada bank pusat telah meningkatkan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah akan datang.

Pasangan matawang USD/CAD melonjak lebih 100 pips selepas BOC mengeluarkan kenyataan bahawa pengurangan kadar faedah akan datang mungkin berlaku sekiranya kelembapan pertumbuhan di negara itu berterusan.

Gabenor BOC Stephen Poloz dalam ucapannya berkata bahawa pemotongan kadar akan datang mungkin diperlukan ekoran tekanan ke atas inflasi. Beliau memberi indikasi bahawa jika indikator ekonomi tidak bertumbuh menetapi ramalan, peluang pengurangan kadar akan terbuka.

Jangkaan pemain pasaran kini meningkat kepada kira-kira 40% peluang penurunan kadar di mesyuarat dasar BOC pada April berbanding kurang 20% yang dilihat sebelum keputusan penepatan dikeluarkan.

Bank pusat turut menurunkan unjurannya untuk pertumbuhan tahunan suku keempat kepada 0.3% daripada 1.3% pada Oktober 2019 dan menetapkan pertumbuhan tahunan suku pertama pertumbuhan tahun 2020 kepada 1.3%.

Sebelum itu, data daripada Statistik Kanada menunjukkan kadar inflasi tahunan negara itu bagi bulan Disember kekal stabil pada 2.2% yang menghampiri sasaran 2% yang ditetapkan bank pusat.

Seterusnya, satu lagi mesyuarat dasar monetari Bank Pusat Eropah (ECB) malam ini, turut mendapat perhatian pasaran.

Dolar euro diniagakan susut berbanding beberapa matawang utama pada sesi Asia dan mencatat peningkatan berbanding USD selepas jatuh ke paras terendah 4 minggu pada sesi New York.

Presiden ECB Christine Lagarde yang pertama kali mempengerusikan mesyuarat itu pada Disember telah memberi kenyatan mengenai risiko yang rendah dan tanda-tanda peningkatan dalam inflasi teras. Sejak itu, beberapa peningkatan dalam ekonomi Zon Eropah dapat dilihat.

Bagaimanapun, tumpuan utama bagi ECB buat masa ini bukan tertumpu pada prospek bank pusat, tetapi rancangan untuk mengubah sasaran inflasinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat