Ini Sebab Mengapa Bursa Saham Amerika Syarikat Jatuh Menjunam!

596

Sejak 2 hari akhir-akhir ini, bursa saham Amerika Syarikat telah mengalami kemerosotan berikutan para pelabur telah menunjukkan kekhuatiran bahawa terdapat tanda-tanda baru bahawa pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.

Bursa saham Dow Jones telah jatuh sebanyak 833 mata dalam 2 hari ini. Dengan ini bursa Dow Jones telah jatuh 3.1% dalam sukuan ini.

Berdsarkan data yang dikeluarkan dalam minggu ini, sektor pembuatan AS telah mencatat bacaan terendah dalam tempoh melebihi 10 tahun. Data ISM hanya berjaya mencatat 47.85% pada bulan September, meneruskan kejatuhan bulan Ogos.

Selain itu, penamabahan pekerjaan oleh sektor swasta juga bertumbuh dengan peralahan daripada penambahan sebanyak 157,000 pada bulan Ogos kepada penambahan sebanyak 135,000 sahaja pada bulan September.

Pada hari ini Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memberi kelulusan kepada Amerika Syarikat (AS)untuk mengenakan tarif ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) termasuk pesawat udara dan produk pertanian yang bernilai $7.5 bilion setiap tahun.

Ini menambahkan lagi kebimbangan pelabur terhadap kesan perang perdagangan yang semakin berlanjutan ke atas pertumbuhan global dan keupayaannya untuk menarik AS jatuh ke lembah kemelesetan.

Setakat ini, Bursa S&P 500, Nasdaq 100 dan Dow Jones masing mencatat kejatuhan melebihi 0.50% setakat jam 10.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat