Ini Sebab Mengapa Kenyataan Merkel Buatkan Trader Euro Bimbang!

314

Canselor Jerman, Angela Merkel pada hari ini telah menyampaikan ucapan kepada pengubal undang-undang parti konservatif bahawa beliau mengharapkan  langkah ‘lockdown’ dapat dilaksanakan di Jerman bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Beliau mencadangkan bahawa ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan dapat dilaksanakan sehingga awal April.

Merkel turut memberi amaran bahawa penularan wabak Covid-19 semakin meningkat dengan lonjakan kes jangkitan hampir sepuluh kali ganda di Jerman.

Menurut Merkel, menjelang lapan sehingga sepuluh minggu akan datang merupakan waktu yang sangat krtikal jika, kes jangkitan Covid-19 dari British merebak ke Jerman. Beliau juga berpendapat bahawa peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda terkait dengan jumlah jangkitan di Ireland.

Jerman telah mula memperketatkan kawalan pergerakan pada minggu lalu dengan melanjutkan langkah pengetatan ke akhir bulan Januari kerana kekhuatiran bahawa varian pandemik yang dijumpai di Britian akan merebak ke Jerman.

Setakat ini Jerman telah mencatat sebanyak 1,942,951 kes jangkitan Covid-19 dengan 42,231 kematian. Walaubagaimanapun, angka yang sembuh juga tinggi dengan bacaan sebanyak 1,570,000 orang.

Matawang Euro masih berada pada paras rendah berbanding US dolar dengan paras pertukaran 1.2151 setakat jam 9.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat