Perkembangan Terkini Bitcoin Buat Ramai Para Pelabur Baru Bitcoin Menyesal?

1,294

Pada minggu lepas ramai pelabur bitcoin bersorak riang. Harga Bitcoin melonjak ke paras tertinggi sejak 1 1/2 tahun lalu iaitu pada melebihi paras harga $13,000 atau lebih RM 54,000.00 seunit pada hari Rabu.

Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada peningktan harga Bitcoin ialah keputusan Facebook untuk beralih kepada dunia crypto dengan mengumumkan matawang crypto Libra. Ramai para penganalisis yang optimis dengan matawang crypto Libra ini kerana fungsinya dan disokong oleh banyak syarikat gergasi.

Bagi para pelabur lama yang hodl Bitcoin, minggu lepas adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk cash out. Namun, minggu lepas juga, berpusu-pusu pelabur mula melabur dalam Bitcoin. Ramai yang optimis dengan pengumuman matawang crypto Facebook dan menjangkakan harga Bitcoin terus naik.

Walaubagaimanapun, nasib tidak begitu menyebelahi para pelabur, harga bitcoin jatuh 23% peratus pada keesokan harinya iaitu hari Khamis. Jatuh hampir melebihi $3,000 dolar. Pada hari ini, harga Bitcoin didagangkan pada $10,294.3 seunit.

Menurut segelintir penganalisis, seperti Blockchain Capital’s Spencer Bogart mengatakan bahawa perkara ini adalah biasa dan hanyalah correction.

Perkara correction adalah perkara biasa, sebelum ini pada bulan Mei, Bitcoin sempat jatuh  dari $9,000 kepada $7,000 dan naik semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat