Ini Sebab Utama Pasaran Masih Berhati-Hati Walaupun Ekonomi Zon Eropah Melonjak Naik!

391

Ekonomi zon eropah melonjak naik pada suku ketiga yang didorong oleh beberapa faktor seperti langkah sekatan sosial yang diterapkan dalam sukuan tersebut di tarik kembali. Walaubagaimanapun, kekhuatiran masih ada kerana dua ekonomi terbesar Eropah iaitu Perancis dan Jerman telah mengumumkan perintah berkurung di seluruh negeri.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau GDP zon Eropah berkembang sebanyak 12.7% pada suku ketiga berbanding sukuan sebelumnya.Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada hari ini jauh melampaui jangkaan para penganalisis yang menjangkakan pertumbuhan sebanyak 9.4%.

Lonjakan ini adalah satu berita baik selepas ekonomi zon Eropah mencatat penguncupan sebanyak 11.8% pada suku kedua. Namun momentum tersebut dikhuatiri terbatas kerana pemerintah segelintir negara Eropah ingin mengenakan sekatan sosial sekali lagi.

Menurut Claus Vistesen, ahli ekonomi di Pantheon Macro, dalam satu catatan bahawa ekonomi zon eropah kembali pulih walaupun pemulihan sepenuhnya masih dalam proses. Tumpuan pasaran kini adalah pada perkembangan ekonomi suku tahun keempat dengan lonjakan kes Covid-19 meningkat kembali.

Matawang Euro menunjukkan bacaan positif dengan pengukuhan sebanyak 0.14% berbanding US dolar kepada paras tukaran 1.1689 setakat jam 9.15 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat