Ini Sebab Varian Baru Covid-19 Buat Dunia Bimbang!

2,821

Kemunculan varian Covid-19 baharu telah menimbulkan kebimbangan seluruh dunia yang kini dilihat sedang merebak dengan pantas di beberapa wilayah negara itu.

Varian itu dipanggil sebagai B.1.1.529 dan berkemungkinan akan diberi nama lain oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada mesyuarat tergempar yang akan diadakan hari Jumaat.

Menurut saintis dari Rangkaian Pengawasan Genomik Afrika Selatan, varian tersebut mempunyai bilangan mutasi yang luar biasa tinggi, dengan lebih daripada 30 dalam spike protein utama, iaitu struktur digunakan virus untuk masuk ke dalam sel yang diserang.

Antara faktor yang menjadi kebimbangan adalah varian itu merebak dengan sangat pantas dan dikhuatiri ia telah menular dengan luas. Selain itu, vaksin Covid-19 sedia ada mungkin kurang berkesan ke atasnya.

Setakat ini, ia telah dikesan di Afrika Selatan, Bostwana dan Hong Kong (individu yang mengembara ke negara itu dari Afrika Selatan).

Susulan daripada penemuan ini, beberapa negara seperti UK dan Amerika Syarikat telah melaksanakan sekatan perjalanan dari dan ke Afrika Selatan.

WHO dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas pada hari ini untuk membincangkan mengenai varian baru ini, yang mungkin turut membincangkan mengenai vaksin dan rawatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat