Ini Sebabnya Kenapa ‘Pelabur’ Bitcoin Bersorak Ria Pada Hari Ini!

2,019

Bitcoin terus mencatatkan rekod tertinggi harian berturut-turut apabila telah berjaya melonjak dua kali ganda daripada harga tertinggi 2017, berada di paras $41,530 atau RM167, 449 satu Bitcoin. Bitcoin telah melonjak sebanyak 5% dalam masa beberapa jam sahaja.

Setelah mencapai paras harga tertinggi itu, para pelabur mula mengambil peluang untuk mengeluarkan sebahagian pelaburan mereka. Harga Bitcoin telah merosot kembali kepada $36,618 di Bitstamp sebelum naik semula ke paras terkini iaitu pada $41,133.04 atau RM 165,848 setakat jam 9.20 p.m.

Bitcoin telah mencatat lonjakan hampir 1000% sejak paras terendah pada bulan Mac. Ia mencecah pada harga $30,000 untuk pertama kalinya pada 2 Januari setelah melapasi paras $ 20,000 pada 16 Disember.

Beberapa penganalisis pasaran pada awalnya telah memberi amaran bahawa akan berlaku pembetulan setelah mencapai paras harga $ 40,000, walaubagaimanapun bitcoin terus mencatat keuntungan melebihi paras tersebut.

Salah satu faktor lain yang mendorong peningkatan harga bitcoin ialah peningkatan permintaan daripada pelabur institusi dan korporat. Sifat bitcoin yang dapat memberi pulangan lebih lumayan dalam keadaan ekonomi yang memliki kadar faedah negatif dan hasil bon yang rendah telah menarik minat ramai pihak.

Ahli strategi JPMorgan pada 5 Januari lalu telah menyatakan bahawa Bitcoin adalah sebagai satu saingan keapda emas dan boleh diperdagangkan sehingga paras harga $ 146,000 atau RM 588,672 jika ia diakui sebagai ‘safe haven’.

Walaupun Bitcoin memberi pulangan yang lumayan namun para pakar ekonomi juga memberi peringatan bahawa terdapat risiko ‘gelembung’ akan pecah.Justeru, pelaburan harus dilakukan dengan teknik dan pertimbangan yang betul.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat