Ini Situasi Pasaran Buruh Di Kanada Pada Bulan April! Kanada Catat Pengangguran Tertinggi?

589

Kanada catat pengurangan pekerjaan dalam sektor buruh sebanyak 2 juta pekerjaan pada bulan April dan kadar pengangguran melonjak ke paras tertinggi hampir 13% berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan pada hari Jumaat.
Walaubagaimanapun angka rasmi ini tidak mencerminkan keseluruhan impak perintah berkurung ke atas pasaran buruh.

Berdasarkan Jabatan Statistik Kanada menyatakan bahawa data yang dikeluarkan tersebut tidak mengambil kira 1.1 juta orang yang telah kehilangan pekerjaan buat sementara waktu kerana dijangka mereka akan kembali bekerja semula selepas sekatan dilonggarkan.

Sekiranya jumlah ini diambil kira maka kadar pengangguran pada bulan April akan meningkat kepada bacaan 17.8%. Para penganalisis dalam tinjauan Reuter meramalkan sebanyak 4 juta pekerja akan kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran meningkat kepada 18% daripada 7.8% yang dicatat pada bulan Mac.

Andrew Kelvin, pengarah strategi di TD Securities berpendapat bahawa kadar pengangguran pada 13% bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Angka ini berkemungkinan akan tidak mencerminkan secara keseluruhan.

Dolar Kanada mengukuh ke paras tertinggi satu minggu C $ 1.3922 kepada dolar AS. Sejak akhir-akhir ini beberapa daerah Kanada telah mulai membuka kembali ekonomi mereka secara beransur-ansur.

Rekod pengangguran ini merupakan rekod pengangguran tertinggi sejak Januari 1976.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat