Ini Strategi 3 Penjuru MR DIY

776

MR DIY Group (M) Bhd kekal berada di landasan bagi pertumbuhan 2021 dengan strategi tiga penjuru untuk memacu pertumbuhan, memberikan nilai dan mencapai keberkesanan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, kumpulan itu bercadang menambah 175 kedai baharu merangkumi tiga jenamanya iaitu 100 buah untuk MR DIY, 25 bagi MR TOY dan 50 bagi MR DOLLAR.

“Kami akan terus menyokong perjuangan negara dalam memerangi pandemik, di samping memastikan semua cawangan runcit kami menyediakan bekalan barangan keperluan berkaitan Covid-19 yang mencukupi untuk orang ramai dengan harga berpatutan,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah Ong, bahagian pasaran peruncitan penambahbaikan kediaman bagi kumpulan itu berkembang kepada 36.4% pada 2020, peningkatan 5.5% berbanding tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh pertumbuhan kedai-sama dengan kenaikan 4.4% pada 2020 dan pertumbuhan saiz bakul berikutan pelanggan mengurangkan kekerapan ke kedai, namun membuat lebih banyak pembelian pada setiap kunjungan mereka ketika pandemik ini,” ujarnya.

Jelas Ong lagi, syarikat itu telah memproses lebih 95 juta transaksi, hampir tiga kali ganda daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun lepas.

“Kami memberikan lebih banyak tumpuan kepada penggunaan data, analisis dan teknologi dan akan menggunakan maklumat berkenaan untuk melakar inventori kami demi memenuhi permintaan pelanggan,” menurut beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat