Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Yen didagang melemah pada awal sesi Asia berikutan minit mesyuarat FOMC pukul 2.00 pagi tadi mencadangkan peningkatan kadar sebelum akhir tahun ini.
USD/JPY dilaporkan meningkat 0.04%, manakala AUD/USD merosot 0.04%, sama seperti GBP/USD.



Di Jepun, data pinjaman bank bagi bulan September dijangka meningkat 2.0%.
Sementara itu di China, imbangan perdagangan dijangka mempunyai lebihan sebanyak $53.00 billion bagi bulan September.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 97.99.
Semalam, US Dollar berlegar di paras tertinggi dalam tempoh 7 bulan sementara menunggu minit mesyuarat FOMC. Pelabur juga menambah keyakinan bahawa Fed akan menaikkan kadar sebelum penghujung tahun 2016.





















































![[Trivia] Apa Mata Wang Kripto Pertama Wujud Sebelum Bitcoin?](http://intraday.my/wp-content/uploads/2023/02/crypto_1672800010904_1674751796201_1674751796201.webp)



