Ini Yang Terjadi Kepada Dagangan US Dollar Apabila Pasaran Semakin Menghampiri FOMC!

91

US Dollar didagang tidak menentu dalam sesi Asia pada Rabu menjelang pengumuman dasar yang terkini dari Fed yang akan diumumkan awal pagi esok.

Fed telah memulakan mesyuarat dua hari pada Selasa dengan jangkaan sebanyak 90 peratus peluang untuk kenaikan kadar. Tumpuan utama pelabur ketika ini bertumpu kepada kadar kenaikan selanjutnya tahun ini.

Berbanding Yen, US Dollar menyusut sebanyak 0.1 peratus kepada 114.67 selepas melonjak sehingga 115.51 yang merupakan tahap tertinggi sejak 19 Januari lalu.

Menurut Kaneo Ogino, pengarah firma penyelidikan pertukaran asing global di Tokyo, pasaran sedang menanti beberapa isyarat penting dari Fed bagi sebarang petunjuk untuk kenaikan kadar sepanjang tahun ini.

Data inflasi AS yang dikeluarkan positif semalam juga mengukuhkan jangkaan untuk kenaikan kadar minggu ini. Harga pengeluar AS diumumkan melonjak melebihi jangkaan bulan lepas, melepasi keuntungan yang kukuh dalam tempoh lima tahun.

Dalam sesi ini juga, matawang Sterling menyembah bumi berikutan kebimbangan yang berpanjangan gara-gara proses penceraian rasmi Britain dari Kesatuan Eropah.

Sementara itu, Euro meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada $1,0613, namun masih jauh dari nilai tertinggi yang dicatat pada Isnin kerana spekulasi mengenai program rangsangan ekonomi dari BoE.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat