Ini Yang Terjadi Pada Carta GBP/USD Selepas Mesyuarat BOE

326

Sebelum laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada malam ini, acara tumpuan semalam terarah pada mesyuarat polisi monetari bank pusat England menyaksikan pergerakan rancak mata wang Pound Sterling dalam pasaran di sesi New York.

Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan akan mengurangkan pembelian bon mingguan kepada £3.4 bilion daripada £4.4 bilion.

Namun begitu, BOE menyatakan bahawa keputusan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai perubahan dalam dasar monetari. Malah, BOE menekankan bahawa tidak akan mengetatkan dasar dalam tempoh terdekat.

Faktor yang bercampur itu membuatkan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD gagal memberikan arah yang jelas dan bergerak turun dan naik dalam julat yang besar.

Namun, BOE juga telah meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi UK untuk tahun 2021 kepada 7.25% berbanding 5.0% pada Februari lalu.

Dapat diperhatikan harga pada carta GBP/USD gagal untuk meneruskan kenaikan dan terhalang pada paras rintangan 1.39200 yang masih belum berjaya ditembusi setelah diuji beberapa kali sepanjang minggu ini.

Dengan ketinggian yang dicapai sekitar 1.39400, harga susut semula 80 pips mencecah paras 1.38600 dan menutup dagangan sesi New York di antara julat tersebut.

Pergerakan harga dijangka perlahan sehingga sesi Eropah petang ini berikutan pelabur berwaspada untuk laporan pekerjaan NFP AS pula malam ini.

Jika harga berjaya tembusi rintangan 1.39200 dan berikan isyarat trend kenaikan, sasaran akan tertumpu semula pada paras 1.40000 namun perlu mengatasi dahulu paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.39700.

Sekiranya harga menjunam, zon RBS (resistance become support) 1.38000 akan kembali menjadi destinasi yang dituju oleh harga.

Penurunan di bawah zon tersebut akan mendorong penurunan lebih rendah sehingga ke zon support utama pada 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat