Ini Yang Terjadi Pada Pasaran Ketika Menjelang Keterangan Powell

568

Dolar greenback memanfaatkan peluang kenaikan sebagai safe haven di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan susulan langkah agresif bank-bank pusat untuk membendung inflasi.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) akan memberi keterangan di hadapan Senat pada sesi New York mengenai tindakannya minggu lepas untuk menaikkan kadar faedah.

Powell sebelum ini telah memberi amaran mengenai risiko kemelesetan di Amerika Syarikat ekoran tindakan bank pusat untuk meningkatkan kadar.

Sementara itu, Presiden Fed Richmond, Thomas Barkis memberitahu beliau tidak melihat ekonomi AS akan mengalami pertumbuhan stabil dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand memaparkan penyusutan lebih rendah setelah terkesan dengan kesuraman sentimen pasaran dan pengukuhan US dolar.

Dalam pada itu, peningkatan berterusan inflasi di UK pada bulan Mei menandakan rakyat akan terus berada dalam tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Ini menyebabkan pound sedikit menurun susulan penerbitan data tersebut, tetapi pada masa yang sama turut disokong oleh jangkaan bank pusat England (BOE) akan melaksanakan satu lagi siri kenaikan kadar faedah untuk mengekang inflasi.

Di samping itu, dagangan euro kekal terbatas apabila impak positif daripada komen penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai potensi kenaikan kadar lebih besar pada bulan September, kembali memudar apabila risiko mengambil alih pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat