Inisiatif HRDF PENJANA Tawar 40,000 Pekerjaan

828

Berdasarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (PENJANA) Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang dilancarkan hari ini, sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan untuk penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan atau menganggur akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan, peluang pekerjaan itu akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Pada peringkat awal, sebanyak 10 organisasi bakal menyediakan 20,000 pekerjaan. Antaranya ialah, National Tech Association of Malaysia (Pikom), Tenaga Nasional Bhd (TNB), Malaysia Digital Economy (MDEC), Brickfields Asia College, Federation of Malaysian Manufacturer, 7Eleven, AEON, Grab, Kelly, dan Care Concierge.

Selain itu, 10 organisasi ini turut menawarkan latihan pekerjaan dan kemahiran melalui 5 inisiatif strategik yang disediakan oleh HRDF. Ianya merangkumi penempatan dan latihan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baru, pembangunan industri kecil dan sederhana (PKS), pengembangan B40, dan ‘gerak insan gemilang’ (GIG).

Seterusnya, inisiatif ini menyasarkan para penganggur yang berkelulusan diploma atau ijazah, pekerja tempatan, pemilik dan pekerja PKS, rakyat Malaysia dari kumpulan B40 dan golongan belia.

Oleh itu, rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan dan menjalani latihan kemahiran melalui inisiatif ini boleh mendaftar di www.penjanahrdf.com.my mulai hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat