Insiden Tembakan, White House Diserang?

700

Semalam dilaporkan pemerintah Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meninggalkan sidang media di White House secara tiba-tiba, diiringi oleh ejen perkhidmatan rahsia setelah dimaklumkan berlaku tembakan di luar White House.

Beliau kemudian kembali ke ruang taklimat dan mengesahkan kejadian tembakan itu kepada pihak media dan menjelaskan tahap keselamatan sekitar White House berada dalam keadaan terkawal.

Trump turut memaklumkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tembakan yang berlaku berdekatan pagar White House, kecuali seorang individu lelaki telah ditembak pada bahagian dada oleh salah seorang ejen perkhidmatan rahsia yang bertugas.

Untuk pengetahuan, sejak berlaku tunjuk perasaan di hadapan White House pada awal musim panas, pihak perkhidmatan rahsia telah mengawal ketat kawasan White House, termasuk dipasang pagar secara berlapis.

Hal ini menimbulkan persoalan jika status keselamatan White House dalam ancaman. Walau bagaimanapun, pemerintah itu menolak andaian bahawa individu tersebut telah melanggar peraturan premis tersebut.

Individu tersebut kemudiannya dibawa ke George Washington University Hospital.

Pada waktu yang sama, pihak servis perkhidmatan rahsia dalam satu kenyataan semalam turut menjelaskan bahawa seorang pegawai telah terlibat dengan tembakan di 17th Street Northwest dan Pennsylvania Avenue Northwest, tidak jauh dari White House.

Sepanjang kejadian tersebut berlaku, Trump dilihat tenang dikawal rapi oleh pihak perkhidmatan rahsia yang turut berkhidmat melindungi keselamatan presiden dan keluarganya.

Beliau kemudian menyambung semula taklimat yang tergendala, menfokuskan kepada ekonomi negara sebaik sahaja temubual mengenai tembakan itu selesai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat