Integrasi Flow Blockchain, Filecoin (FIL) Wujudkan NFT Lebih Desentralisasi

364

Filecoin (FIL) akhirnya berkolaborasi dengan Flow Blockchain, menjadi penyedia penyimpanan untuk blockchain itu.

Menerusi pengumuman dua hari lepas, Filecoin menjelaskan langkah yang diambil adalah untuk memastikan pengeluar dan penyimpan non-fungible token (NFT) yakin dengan sekuriti aset mereka dimana-mana sahaja.

Sebelum ini pada Ogos, Dapper Labs telah mengusahakan integrasi antara Filecoin dengan Flow Blockchain.

Melalui kolaborasi ini, pengguna Flow dibenarkan untuk melombong NFT, manfaatkan InterPlanetary File System (IPFS), dan penyimpanan token di storan desentralisasi yang diuruskan Filecoin.

Tidak cukup dengan itu, Filecoin juga telah melancarkan inisiatif ‘Next Step Grants’ bernilai $5,000 bagi projek NFT yang berkelayakan  di Flow yang berintegrasi dengan rangkaian Filecoin atau IPFS.

Perkembangan ekosistem Flow turut akan mengundang lebih banyak aplikasi yang bakal dibina menerusi penyelesaian penstoran desentralisasi Filecoin. Cara ini akan memudahkan lagi perlindungan aset media NFT dan metadata.

Rincian tentang Flow Blockchain:

  • Dilancarkan oleh Dapper pada hujung 2020.
  • Merupakan ruang projek NFT yang menempatkan NBA Top Shot dan CryptoKitties.
  • Google telah bekerjasama dengan Dapper sebagai operator rangkaian untuk Flow. Ini bermakna Google akan menyokong perkembangan produk dan perkhidmatan Web 3.0 seperti projek NFT dengan infrastruktur berskala dan selamat.
  • National Football League (NFL) menjalinkan kerjasama dengan Dapper untuk melancarkan bola sepak Amerika, menyamai NBA Top Shot di Flow.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat