iPhone 11 ‘Made in India’

1,577

Kemenangan milik India apabila Menteri Perdagangan dan Perindustrian India, Piyush Goyal menerusi akaun Twitternya mengumumkan iPhone 11 dikilangkan di India, bukan China.

Keputusan itu diambil selepas 9 bulan kilang mereka di Cupertino mengilangkan iPhone XR. Ini juga bermakna Apple semakin menjauhi China, tidak lagi bergantung kepada negara itu terutama dalam sektor pengilangan produknya.

Ditambah pula dengan berita baik pelaburan pembekal iPhone iaitu Foxconn, Pegatron dan Wistron di India, menjadikan kemenangan berganda buat Apple kerana secara tidak langsung mereka tidak perlu membayar cukai import 20% yang dikenakan oleh negara itu.

Dilaporkan Foxconn bertanggungjawab menghasilkan iPhone 11 di salah satu fasiliti mereka berdekatan dengan Chennai.

Sebelum ini, pada 2017 Wistron diberi kuasa untuk mengilangkan produk iPhone terbaik 2019 di India, dengan tujuan untuk dijual sebagai produk yang memenuhi kecukupan bajet.

Sudah menjadi salah satu impian Apple untuk mengilangkan produknya di India sejak beberapa tahun yang lalu.

Namun, kesukaran mereka untuk mendapat pengilang tempatan yang memenuhi standard kualiti mereka, menyebabkan mereka terpaksa menunggu pemasangan produk terbaru.

Nampaknya, langkah Apple membuktikan dunia tidak dapat menyangkal kedudukan India sebagai pasaran kedua terbesar telefon pintar hingga berjaya menarik minat pelabur beralih dari Amerika atau China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat