IPO Haily Group Catat Rekod Lebihan Langganan Memberangsangkan

125

Harga tawaran awam permulaan (IPO) Haily Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang berjumlah 8.92 juta telah mencatatkan lebihan langganan sebanyak 38.81 kali.

Menerusi satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata, sebanyak 13,367 permohonan untuk 355 juta saham terbitan awam baru yang bernilai RM241.47 juta telah diterima daripada orang ramai.

Bagi bahagian Bumiputera, IPO syarikat berkenaan mencatatkan lebihan langganan sebanyak 29.69 kali dengan sejumlah 6,185 permohonan untuk 138.11 juta saham terbitan diterima manakala bahagian awam pula mencatatkan lebihan langganan sebanyak 48.09 kali dengan sejumlah 7,182 permohonan untuk 216.98 juta saham terbitan diterima.

Sementara itu, sejumlah 10 juta saham terbitan awam baru untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja kumpulan yang layak dan orang-orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan juga telah dilanggan sepenuhnya.

Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, kumpulan itu percaya bahawa industri pembinaan akan menunjukkan tanda-tanda pemulihan menjelang separuh kedua tahun 2021 yang disokong oleh program imunisasi nasional yang sedang berlangsung di negara ini.

“Oleh itu, kami mengharapkan lebih banyak pembangunan dihidupkan kembali oleh syarikat hartanah yang bakal menyediakan lebih banyak peluang penawaran kepada sektor pembinaan terutama di wilayah Johor di mana Haily beroperasi.”

“Namun sebelum itu, marilah kita menjangkakan tonggak penting lain yang merupakan penyenaraian rasmi Haily di ACE Market Bursa Malaysia Securities pada 21 Julai,” kata Tin Hai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat