Iran Beri Amaran, Amerika Syarikat Ganggu Penghantaran Minyak

1,242

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap Iran yang bertujuan untuk melumpuhkan eksport minyak Iran dan Venezuela di mana kedua-dua negara itu adalah pengeluar utama minyak mentah dunia. Masih belum berpuas hati, kini Amerika Syarikat mula menggunakan kekuatan ketenteraan mereka bagi mengancam kedua-dua belah pihak terutamanya Iran.

Semalam, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad telah mengemukakan amaran terhadap Amerika Syarikat yang telah mengganggu proses penghantaran minyaknya ke Venezuela. Negara kuasa besar itu menggunakan kuasa armada tentera lautnya bagi menjalankan misi tersebut.

Oleh yang demikian, Iran telah bertindak mengirim sepucuk surat kepada Setiausaha Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan mendedahkan kegiatan Amerika Syarikat itu. Menurut Mohammad Javad, tindakan negara kuasa besar tersebut adalah menyalahi undang-undang. Jadi, negara terbabit perlu bertanggungjawab.

Pada Sabtu lalu, Iran mendedahkan bahawa 4 buah kapal perang milik Amerika Syarikat berada di Caribbean serta dipercayai cuba untuk mengancam kapal tangki Iran atau mencetuskan provokasi.

Susulan daripada kejadian tersebut, Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi telah memanggil Duta Besar Switzerland yang mewakili kepentingan Washington di Tehran, bagi memaklumkan berkenaan ‘amaran serius’ Iran. Menurut beliau, tindakan yang mengancam kapal tangki Iran itu akan berdepan tindakan tegas.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat