Iran Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mentah, Sasar 4 Juta Tong Sehari!

263

Kerajaan Iran dalam kenyataannya mempunyai rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah kepada 4 juta tong sehari. Itu merupakan angka tertinggi yang tidak pernah dicapai Iran walaupun semasa sebelum Amerika Syarikat mengenakan sekatan pada 2018.

Media tempatan melaporkan kerajaan Iran sudah mengetahui sejak kebelakangan ini pihak berkuasa menghantar dokumen mengenai rancangan itu kepada wartawan di Tehran dan mereka menggesa untuk menghebohkannya.

Angka pengeluaran minyak yang lebih tinggi adalah salah satu tuntutan yang dibuat dalam dokumen tersebut seperti yang ditemui oleh Iran International.

Pada November, Menteri Minyak Mentah Iran Javad Owji melaporkan bahawa negara itu mengeluarkan 3.4 juta tong sehari dan kira-kira 1.2 juta lebih banyak berbanding pertengahan 2021.

Namun, OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa menyasarkan had pengeluaran minyak mentah Iran sebanyak 3.1 juta tong sehari pada September lepas. Owji telah meminta kelonggaran paras keluaran sebanyak 3.3 juta tong pada bulan tersebut.

Walau bagaimanapun, pengeluaran dan eksport minyak telah meningkat sejak 2020 apabila pentadbiran baharu AS mengubah pendekatan Washington terhadap Iran. Kekurangan modal dalam pelaburan dan sekatan menghalang keupayaan Iran untuk meningkatkan pengeluarannya.

Sementara itu, penggunaan minyak dan gas domestik telah meningkat serta membawa kepada kekurangan tenaga semasa musim sejuk untuk mengeksport terutamanya gas asli.

Dalam menghadapi krisis ekonomi terkini, Iran sering menunjukkan pelbagai pencapaian dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Namun, pengkritik domestik masih ragu-ragu dengan berita tersebut dan mempersoalkan mengapa kejayaan itu tidak mencerminkan keadaan terkini ekonomi untuk rakyat biasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat