Isu Arang Batu Punca EUR/AUD Catat Lonjakan 250 PIPS

581

Awal sesi dagangan Asia hari ini melihatkan lonjakan Aussie berikutan laporan data pekerjaan yang memuaskan untuk bacaan bulan Januari. Data meningkat tinggi berbanding jangkaan penurunan serta bacaan bulan sebelumnya.

Namun, lonjakan hanya bertahan sementara setelah laporan Westpac berkenaan unjuran bank pusat Australia yang dijangka bakal menurunkan kadar faedah untuk tahun ini telah melemahkan semula nilai dolar AUD dalam pasaran.

Namun, kejutan buat pasaran tidak berakhir di situ. Menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah, pergerakan volatile harga sekali lagi melibatkan dagangan Aussie menjadi persoalan para pelabur.

Ini adalah disebabkan laporan berkenaan isu perdagangan melibatkan Australia dan China. China dilaporkan telah menyekat import arang batu dari Australia ke pelabuhan Dalian China. Sekatan untuk tahun 2019 tersebut melibatkan sejumlah 12 juta tan arang batu Australia namun pelaksanaan sekatan tersebut tidak terkesan kepada import arang batu dari Rusia dan Indonesia.

Susulan itu, matawang dolar AUD yang sememangnya telah didagangkan lemah terus mengalami kejatuhan sehingga mencatatkan penurunan ketara pada setiap pasangan matawang utama yang lain.

Lihat sendiri pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/AUD ini. Walaupun dagangan EURO masih berisiko, namun harga berjaya melonjak tinggi sehingga hampir 250 pips kenaikan dicatatkan dari paras support 1.5743 (MagicR3) sebelum naik melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

 

Lihat juga paras harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan anda.

Paras support: 1.5796, 1.5779, 1.5743.

Paras resistance: 1.5849, 1.5884, 1.5902.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat