Isu Penutupan Kerajaan US Mendorong Kejatuhan Saham di Bursa Asia

635

Bursa saham Asia dibuka lemah dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin berikutan tumpuan pelabur terhadap perkembangan politik, dimana berlakunya penutupan kerajaan’ (government shutdown) secara semntara.

Indeks Nikkei, Jepun dibuka lemah apabila saham pengeluar kereta seperti Toyota dan Mitsubishi Motor mencatat kejatuhan. Walau bagaimanapun, saham teknologi didagangkan kukuh apabila syarikat Sony dan SoftBank Group mencatat peningkatan.

Indeks Kospi, Korea Selatan juga dibuka lemah terbeban dengan kejatuhan saham Samsung Electronics dan saham teknologi yang lain pada awal sesi dagangan.

Manakala bursa Australia, ASX 200 dibuka kukuh. Begitu juga dengan bursa Malaysia yang dibuka lebih kukuh berikutan pengukuhan ringgit Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat