Isu Percukaian Terhadap Import Kayu Kanada Oleh AS Menjunamkan Matawang Loonie!

56

US Dollar melonjak berbanding matawang loonie dalam sesi Asia pada Selasa selepas Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross berkata pada Isnin bahawa agensinya akan mengenakan cukai anti-subsidi yang baru dengan purata sebanyak 20 peratus ke atas import kayu Kanada. Langkah ini juga dilihat akan menambah pertikaian perdagangan di antara kedua-dua negara.

USD/CAD didagang melonjak sebanyak 0.33 peratus kepada 1.3545 sejurus selepas laporan reuters itu didedahkan. 

Bercakap kepada Reuters sebelum ini, Ross berkata tindakan itu bakal memberi kesan kepada kira-kira $5 Billion terhadap import kayu halus dari Kanada.

Beliau juga memberi tahu agensi terbabit bahawa ia melibatkan lebih kurang 31.5 peratus daripada jumlah pasaran AS.

Isu perdagangan tersebut difailkan terhadap pengeluar kayu Kanada menggunakan hujah bahawa kayu Kanada ditanam di atas tanah awam yang menerima subsidi kerajaan.

Satu Lagi Skim Pelaburan Forex Lingkup, Kali Ini Kerugian Mencecah RM500 Juta

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat