Isu Rasuah Di Saudi, Harga Emas Jatuh Pada Awal Pembukaan Asia Sebelum Naik Semula

48

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia pada hari Isnin meskipun dengan risiko politik yang berlaku di Timur Tengah apabila agensi rasuah Arab Saudi menahan 11 orang kerabat diraja, empat menteri dan berpuluh-puluh bekas menteri.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX mula menyusut sedikit sebanyak 0.02% kepada $1,268.97 per auns sebelum meningkat semula sebanyak 0.04% kepada 1269.67 setakat jam 10.50 pagi. Namun bacaan ini masih rendah dibandingkan bacaan tertinggi 3 hari lalu.

Pada hari Ahad, Arab Saudi menahan berpuluh individu kanan termasuk putera raja, menteri, bekas menteri dan seorang jutawan terkenal iaitu Putera Al-Waleed bin Talal antara putera raja ditahan lewat semalam.

Beberapa jam sebelum penahanan dibuat, Raja Salman mengisytiharkan pembentukan jawatankuasa anti rasuah baru yang berkuasa menyiasat, menahan, melarang perjalanan atau membekukan aset sesiapa yang didakwa yang terlibat dengan rasuah, jawatankuasa itu diketuai Putera Mohammed.

Terkini, para pelabur memberi tumpuan pada kemajuan reformasi cukai U.S. Segelintir pelabur berpendapat bahawa reformasi cukai akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan akan menekan Fed untuk meningkatkan kadar faedah. Selain itu, China juga akan mengeluarkan laporan data perdagangan dan inflasi.

Pada minggu lepas, harga emas jatuh ke paras terendah 1 minggu lalu pada hari Jumaat berikutan pengukuhan U.S dolar yang disebabkan laporan data tempahan perkilangan dan sektor perkhidmatan yang memberangsangkan.

Selain itu, pasaran mejangkakan Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan hadapan. Peningkatan kadar faedah membuatkan U.S dolar lebih menarik untuk dimiliki oleh para pelabur.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar dan kadar faedah. Peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat