Isu Tarif Terhadap Industri Kayu Kanada Oleh AS : Kanada Tampil Memberi Penjelasan!

96

Kanada tampil untuk menentang langkah Washington untuk mengenakan tarif terhadap import kayu yang kebanyakannya menyumbang kepada sektor perumahan di AS.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau membuat panggilan kepada Trump pada Selasa bagi menolak tuduhan yang dianggap tidak berasas terhadap industri Kanada dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai keputusan yang tidak adil.

Memetik kenyataan daripada pejabat Trudeau, Kanada menegaskan bahawa kerajaan akan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kepentingan industri kayu halus Kanada, disamping menyifatkan bahawa rundingan perlu dilakukan dalam menangani masalah ini.

Kenyataan daripada White House juga menyifatkan perbincangan di antara kedua-dua Perdana Menteri itu berlangsung dalam keadaan yang baik dan memfokuskan mengenai isu import kayu dan perdagangan tenusu AS dan Kanada.

Washington sebelum ini mengeluarkan kenyataan pada Isnin untuk mengenakan tarif dengan purata sebanyak 20 peratus ke atas import kayu Kanada dan bakal memberi kesan kepada import yang bernilai kira-kira $5.66 Billion.

Firma Kanada yang terlibat termasuklah West Fraser Timber Co Ltd, Canfor Ltd, Conifex Timber Inc, Western Forest Products Inc, Interfor Corp, dan Resolute FP Canada Ltd.

Saham-saham syarikat Kanada melonjak selepas Washington mengumumkan perkara demikian memandangkan tarif diumum lebih rendah berbanding jangkaan awal.

Tindakan itu juga dilihat Kanada sebagai salah satu cabaran terhadap syarikat dan rakyat Kanada yang bakal kehilangan pekerjaan berikutan perlaksanaan tarif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat