Isu Teknikal Atau Tak Yakin? Kesatuan Eropah Tangguh Peraturan Kripto!

28

“Memang la lama sebab bukan je 24 bahasa kena terjemah tapi sampai 400 dokumen pula tu.”

Peraturan Pasaran dalam Aset Kripto (MiCA) yang merupakan perundangan baharu terpenting Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan menangguhkan pelancarannya disebabkan isu teknikal sehingga bulan April.

Selain itu, antara masalah lain dihadapinya adalah mereka perlu menterjemah dokumen hampir 400 halaman ke dalam 24 bahasa rasmi kesatuan tersebut, ulas jurucakap Parlimen EU.

Terdahulu pada November 2022, EU menangguhkan pengundian terakhir mengenai MiCA pada Februari 2023, namun tarikh itu mungkin perlu dilanjutkan lagi susulan bimbang akan berlaku sebarang masalah teknikal dalam teks yang panjang tersebut.

Sementara teks yang mempunyai 400 halaman itu perlulah diluluskan secara rasmi oleh penggubal undang-undang EU selepas pengundian selesai dilaksanakan.

Sungguhpun pegawai EU berkata akan menghalang situasi seperti krisis FTX daripada berlaku, undang-undang yang terkandung dalam MiCA masih membenarkan syarikat seakan-akannya tawarkan perkhidmatan kepada rakyat EU tanpa peraturan tambahan.

Suka dimaklumkan juga terdapat peraturan lain selain MiCA, antaranya Peraturan Pemindahan Dana (TFR) yang turut diluluskan pada April merupakan peraturan tentang pemindahan kriptografi mengandungi data pelanggan.

Dalam pada itu, kebanyakan negara Eropah telah bertindak mengetatkan lagi peraturan kripto manakala pembuat dasar Perancis pula mendesak pelesenan mandatori syarikat mata wang kripto pada tahun 2023.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat