Isyarat Awal Trend Bertukar, GBP/USD Melonjak 140 Pips!

303

Setelah mendatar pada Selasa lalu, pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD paparkan lonjakan pada Rabu semalam menunjukkan petanda awal untuk perubahan trend harga.

Ketika pasaran semakin menghampiri penghujung minggu, US dolar mula melemah berikutan pelabur semakin berwaspada dengan risiko pada data penting yang akan diterbitkan iaitu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Namun terlebih dahulu data pekerjaan ADP diberikan tumpuan di sesi New York semalam yang mengukur sektor swasta dengan angka bacaan mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding ramalan.

Ini semakin meningkatkan ketidaktentuan susulan data pekerjaan menjadi salah satu indikator penting kepada bank pusat dalam menetapkan dasar monetari mereka.

Jika diperhatikan, paras terendah terbaru telah dicatatkan sekitar 1.20400 sebelum harga pamerkan lonjakan 140 pips menembusi paras 1.21000.

Harga yang mencapai ketinggian sekitar 1.21700 itu juga telah menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menjadi isyarat awal perubahan trend bullish.

Sekiranya kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan hari ini, paras 1.22000 bakal diuji menjadi rintangan terhampir untuk ditembusi.

Jika berjaya lepas, kenaikan akan diteruskan lagi menuju sasaran seterusnya pada 1.23000 serta mengatasi ketinggian harga dicapai minggu lalu.

Namun, jika harga kembali berundur turun semula, susut di bawah 1.21000 memberi isyarat untuk penurunan lebih rendah bakal berlaku.

Paras dicecah semalam bakal diatasi untuk harga mencecah pula ke sekitar 1.20000 untuk rekod terendah terbaru harga sejak Mac lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat