Isyarat Perubahan Trend Untuk AUD/USD Minggu Ini?

245

Dagangan penghujung minggu lalu menyaksikan terdapat lonjakan harga pada sesi terakhir pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD yang mencetuskan jangkaan awal untuk perubahan trend bakal berlaku.

Ini adalah menyusuli pergerakan mendatar harga pada zon 0.69000 selepas memaparkan corak penurunan harga di awal minggu.

Kenaikan harga yang telah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi jangkaan untuk pergerakan bullish.

Namun, menyambung pembukaan pasaran di awal minggu ini pula, harga yang berlegar di sekitar paras 0.69500 kemudiannya telah menunjukkan penurunan di sesi Asia ketika US dolar sedikit mengukuh.

Gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga susut semula ke paras sokongan MA50 dan bersambung ke awal sesi Eropah, harga kelihatan berlegar di sekitar 0.69300.

Dolar Australia pada minggu ini berkemungkinan akan bergerak lebih pasif sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Australia (RBA) pada minggu hadapan.

Justeru, pergerakan harga pada carta AUD/USD minggu ini akan lebih dipacu oleh US dolar dengan terbitan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) seperti data pesanan barangan tahan lama (durable goods) pada hari ini.

Sekiranya paras MA50 kekal memberi isyarat untuk harga meneruskan kenaikan, sasaran awal untuk diuji harga adalah di paras 0.70000.

Kenaikan yang diteruskan lagi akan mensasarkan pula ke zon tumpuan 0.71000 untuk pergerakan bullsih harga sebelum pelabur menilai petunjuk bagi arah harga seterusnya.

Sebaliknya, jika US dolar berjaya mengukuh pada minggu ini dan membenam harga jatuh lebih rendah di bawah zon 0.69000, penurunan harga berkemungkinan akan mengatasi paras terendah dicecah pada 14 Juna lalu sekitar 0.68500.

Penurunan lanjut harga dilihat akan menguji zon 0.68200 iaitu zon support harga pada dagangan Mei lalu sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat