Itu Dia! Fed Beri Amaran Krisis Hutang Evergrande Boleh Jejaskan AS

663

Federal Reserve (Fed) memberi amaran bahawa tekanan dalam sektor hartanah China yang terjerat dalam krisis hutang Evergrande, boleh memberi kesan kepada Amerika Syarikat.

Dalam laporan Kestabilan Kewangannya yang dikeluarkan pada hari Isnin, Fed memberi amaran tentang leverage yang tinggi di institusi kewangan dan meregangkan penilaian hartanah di China.

Sejak terlibat dalam krisis hutang, Evergrande telah meresahkan pelabur global selepas ia beberapa kali terlepas untuk membayar semula hutang bagi mengelak daripada mengalami kegagalan (default).

Ini telah mencetuskan kebimbangan bahawa ia akan membawa kesan lebih besar dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu, di mana satu perempat daripadanya disokong oleh sektor hartanah.

Fed mengatakan bahawa tekanan dalam sektor hartanah China boleh menjejaskan sistem kewangan China, dan berkemungkinan akan merebak ke Amerika, menurut laporan kestabilan terbaru yang dikeluarkan dua kali setahun.

Memandangkan saiz ekonomi dan sistem kewangan China serta hubungan perdagangannya yang meluas di selurh dunia, tekanan yang dialaminya boleh menjejaskan pasaran kewangan gobal melalui kemerosotan sentimen, menimbulakn risiko kepada pertumbuhan ekonomi global dan menjejaskan AS.

Evergrande kini menjadi syarikat yang paling banyak berhutang di dunia dengan timbunan hutang mencecah $300 bilion. Ia sebelum ini telah membayar beberapa kupon yang tertunggak dalam tempoh 30 hari penangguhan (grace period) selepas terlepas untuk membayarnya pada tarikh yang ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat