Itu Dia, Logam Berharga Kegemaran Semua Dah Bangkit Semula!

619

Terima kasih kepada penyusutan US dolar, logam kuning emas meraih peluang untuk meningkat pada hari Jumaat walaupun peningkatan yang dicatatkan terbatas susulan jangkaan hawkish pelabur terhadap Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, emas didagangkan menokok pada $1,716 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,727 per auns.

Logam berharga itu pada mulanya menyusut rendah susulan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menegaskan semula pendiriannya untuk terus menaikkan kadar faedah.

Dalam kenyataan terbaharu pada Khamis, Powell berkata bahawa tumpuan utama Fed adalah untuk menurunkan kadar inflasi untuk mengelakkannya daripada berakar umbi dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, harga emas kembali meningkat selepas memanfaatkan penurunan US dolar yang semakin jauh berundur dari puncak tertinggi 20 tahun berbanding mata wang utama.

Walaupun begitu, kenyataan hawkish Jerome Powell telah membataskan dagangan emas daripada menokok lebih tinggi.

Sementara itu di Eropah, Bank Pusat Eropah (ECB) menepati jangkaan pasaran secara meluas dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat