Itu Dia! Pasaran Mata wang Terus Bergelut Pada Ke Sesi Eropah

491

Kebimbangan terhadap ketegangan di Ukraine berterusan sehingga ke sesi Eropah yang menyaksikan kejatuhan pada pasaran saham Eropah dan turut mengheret kebanyakan mata wang utama lebih rendah.

Amaran yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat bahawa Rusia akan menyerang Ukraine telah meletakkan pasaran kewangan dalam langkah berjaga-jaga, mendorong pelabur beralih ke pegangan safe-haven.

US dolar yang bertindak sebagai safe-haven dalam situasi ini telah mendapat permintaan dari pelabur, membawanya diperdagangkan lebih tinggi pada awal minggu berbanding pesaing utamanya yang lain.

Dalam perkembangan terbaharu, Canselor Jerman Olaf Scholz dilaporkan bakal berangkat ke Kiev pada Isnin dan ke Moscow pada Selasa untuk menghalang dari tercetusnya perang. Pada masa yang sama, Ukraine juga akan meminta untuk bertemu Rusia.

Meneliti pergerakan matawang sensitif risiko pada sesi Eropah, dolar Aussie dan New Zealand terus didagangkan lebih rendah. Dolar Aussie terus berada di bawah tekanan susulan Bank Pusat Australia (RBA) yang masih lagi dilihat dovish untuk menjalankan pengetatan.

Sementara itu, sentimen negatif dalam pasaran terus menekan dagangan euro ke paras terendah satu minggu yang menyaksikannya bergelut untuk mempertahankan harga 1.1300 pada awal sesi.

Pelabur akan menantikan ucapan daripada Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde pada sesi New York, bagi mendapatkan lebih penjelasan mengenai pandangannya terhadap dasar monetari semasa dan tekanan inflasi yang semakin meningkat.

Di samping itu, mata wang pound juga melanjutkan penurunan lebih rendah di sekitar harga 1.3500 berbanding US dolar. Pelabur kini menumpukan perhatian kepada data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada hari Selasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat