Jackpot! Ape Bored NFT Bernilai RM1.27 Juta Tersilap Jual Pada Harga RM12,700!

3,778

‘Typo’ – rasanya hampir semua orang ada sindrom kesalahan menaip, tidak kiralah dalam komunikasi permesejan atau penulisan artikel.

Baru-baru ini ada satu individu, seorang penjual non-fungible token (NFT) untuk koleksi edisi terhad Bored Ape NFT telah menjual seni itu pada tanda harga $3,000 (RM 12,706.50).

Padahal harga sebenar NFT tersebut bernilai $300,000 (RM 1.27 juta).

Difahamkan individu yang dikenali sebagai Max (maxnaut) menyenaraikan token tersebut di platform OpenSea pada Sabtu dan tersalah meletakkan tanda titik pada harga asal 75 ether (ETH), menjadikan aset itu didagangkan pada harga yang sangat murah – 0.75 ETH sahaja!

Ini mungkin typo yang menguntungkan pembeli NFT tersebut. Tetapi, jelaslah satu kerugian untuk Max kerana kehilangan $250,000 sekelip mata selepas ditolak harga transaksi pada nilai 8 ETH ($34,000).

Ramai yang masih tidak faham kenapa seni NFT boleh menjadi satu aset yang mahal gila sehingga tak masuk akal.

Ia bukan kerana kualiti atau sifat estetikanya tetapi nilai NFT bergantung kepada spekulasi dan nilainya dalam pasaran.

Tak mengapalah, Max. Mungkin selepas ini kena lebih berhati-hati. Atau kalau nak ter-typo lagi, boleh bagitahu kami awal-awal.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat